Cabaran-cabaran dalam mencapai matlamat Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013 - 2025)
AKSES
Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat menengah atas (Tingkatan 5) menjelang 2020. Contohnya, 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan.
EKUITI
Sistem pendidikan berprestasi tinggi yang menyediakan pendidikan terbaik kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, gender atau latar belakang sosioekonomi. Contohnya, merapatkan lagi jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50% menjelang 2020.
KUALITI
Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapatkan pendidikan cemerlang berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia dan setanding dengan pendidikan negara maju. Contohnya, Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran TIMSS dan PISA.
PERPADUAN
Menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia. Contohnya, murid yang berusia antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu perempat daripada masa mereka di sekolah.
KECEKAPAN
Sistem pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi, namun peningkatan keberhasilan murid masih tidak sepadan dengan sumber yang telah disalurkan ke dalam sistem. Walaupun kerajaan akan terus mengekalkan tahap pelaburan semasa, kementerian berhasrat untuk memaksimumkan keberhasilkan murid mengikut tahap dan peruntukan semasa.
No comments:
Post a Comment