PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2013-2015 (GELOMBANG 1)



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi penekanan kepada menambah baik sistem dengan mempercepatkan perubahan kaedah pelaksanaan program. Dalam tempoh pelaksanaan ini, tumpuan akan diberikan kepada kaedah peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan kemahiran guru sedia ada di dalam sistem. 

 

PELAKSANAAN GELOMBANG 1



1. MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH

Melaksana Program Transformasi Daerah dengan tumpuan kepada sekolah berprestasi rendah termasuk murid berkeperluan khusus untuk memacu prestasi sekolah.

2.MEROMBAK IPG DAN LATIHAN PRAPERKHIDMATAN

Merombak IPG dan latihan praperkhidmatan dan meningkatkan standard kemasukan bagi guru baharu

3. MELAKSANAKAN KSSR & BAHASA MALAYSIA SJK

Melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Malaysia SJK yang direka bentuk untuk murid yang bahasa ibundanya bukan bahasa Malaysia.

4. MELAKSANAKAN 1BESTARINET KE SEMUA SEKOLAH

Melaksanakan 1BestariNet ke semua sekolah untuk mengintegrasi ICT dalam pembelajaran harian.

5.MENGUKUHKAN PRAKTIKUM DALAM PROGRAM VOKASIONAL

Mengukuhkan praktikum dalam program vokasional melalui peningkatan kerjasama dengan sektor swasta.

6. MENINGKATKAN ENROLMEN PRASEKOLAH DAN SEKOLAH MENENGAH

Meningkatkan enrolmen prasekolah dan sekolah menengah melalui kempen galakan enrolmen, lebih pelibatan ibu bapa, dan program vokasional yang lebih baik.

7. MENTRANSFORMASIKAN KEMENTERIAN DENGAN MELETAKKAN PEMIMPIN YANG TERBAIK

Mentransformasi Kementerian dengan meletakkan pemimpin terbaik untuk menerajui jawatan penting di JPN dan PPD bagi meningkatkan prestasi sistem penyampaian.

8. MEMPERLUASKAN LINUS & PENGUASAAN KEMAHIRAN BERBAHASA INGGERIS

Mengukuhkan penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris melalui pengujian dan latihan semula guru, memperluas LINUS, dan menyediakan sokongan pemulihan serta model pembelajaran pelbagai mod (blended learning).




9. MEWUJUDKAN PEMBIMBING PENGETUA/GURU BESAR SEKOLAH BAND 5,6,7 

Mewujudkan pembimbing pengetua/guru besar yang berdedikasi untuk sekolah Band 5,6 & 7 dan mengukuhkan kriteria pemilihan untuk pemimpin sekolah bagi meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah

10. MEMBINA SOALAN PEPERIKSAAN BERELEMEN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Mereka bentuk semula soalan peperiksaan supaya lebih menjurus kepada soalan kemahiran berfikir aras tinggi.

11. MENINGKATKAN STANDARD PENGAJARAN BAHASA MALASIA, BAHASA INGGERIS, MATEMATIK DAN SAINS

Meningkatkan standard pengajaran melalui bimbingan guru secara khusus terutamanya dalam mata pelajaran teras (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains).

12. MENGUKUHKAN KUALITI PENDIDIKAN STEM MELALUI KURIKULUM PENGAJIAN DAN LATIHAN GURU. 

Mengukuhkan kualiti pendidikan STEM melalui pengukuhan kurikulum, pengujian dan latihan guru, dan penggunaan model pembelajaran pelbagai mod (blended learning).

No comments:

Post a Comment